Pembangunan Airbus A400M

Projek bermula sebagai kumpulan pesawat Pengangkut Udara Masa Depan Antarabangsa (FIMA), telah dimulakan pada tahun 1982 oleh firma Aerospatiale, British Aerospace, Lockheed, dan MBB bertujuan untuk membangunkan sebuah pesawat baru bagi mengantikan pesawat C-130 Hercules dan C-160 Transall. Kehendak-kehendak yang berbeza dan masalah politik antarabangsa menyebabkan perkembangan yang perlahan. Pada tahun 1989, firma Lockheed telah meninggalkan kumpulan ini dan membangunkan pesawat Hercules yang dipertingkatkan, iaitu pesawat Lockheed C-130J. Dengan kemasukan firma Alenia dan CASA, kumpulan projek ini menjadi satu usahasama firma Eropah.

Negara-negara rakan adalah, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom, Turki, Belgium, dan Luxembourg, telah menandatangani perjanjian pada Mei 2003 untuk membeli 212 buah pesawat. Negara-negara ini telah memutuskan untuk mengunakan OCCAR untuk menguruskan perolehan bagi pesawat A400M.

Berikutan penarikan Itali, jumlah perolehan pesawat telah berubah kepada 180 buah pesawat. Penerbangan sulung dijangka pada 2008 dengan penghantaran pertama akan dibuat dalam tahun 2009. Pada 28 April 2005, Afrika Selatan turut serta dalam program kerjasama dengan penglibatan firma milik negara Denel Aerospace Systems telah menerima kontrak untuk membuat komponen fiuslaj.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Airbus A400M http://news.gc.ca/web/view/en/index.jsp?articleid=... http://www.a400m-countdown.com/index.php?v=4&spage... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbusmilitary.com/ http://www.airbusmilitary.com/countdown/index.html http://www.airbusmilitary.com/pressrelease.html#18... http://www.airforce-technology.com/projects/fla/ http://www.airframer.com/aircraft_detail.html?mode... http://www.aviationweek.com/aw/blogs/defense/index... http://www.boeing.com/news/releases/2007/q3/070808...